Jumaat, 20 April 2012

DINASTI AL-KAMIL [keSultanan Perlak]: Bahagian 4

Senarai pemerintah SRI VIJAYA ISLAM PERLAK:

8. Bendahara Sultan Makhdum Alaiddin Malik Syarif Sayid Ibrahim Syah Johan Berdaulat (Maharaja Sulan/Maharaja Trailokyaraja/Maharaja Imbang Jaya/Maharaja Sambugita) [1025M-1028M/416H-419H].
9. Bendahara Sultan Makhdum Alaiddin Malik Syarif Sayid Mahmud Syah Johan Berdaulat [1028M-1042M/419H-433H].

Pada tahun 1042M/433H, Bendahara Sultan Makhdum Alaiddin Malik Syarif Sayid Mahmud Syah Johan Berdaulat (Maharaja Suran/Malim Dewa/Maharaja Bukit Si Guntang Mahameru) [1023M-1042M/414H-433H] telah menyerahkan takhta keSultanan Perlak kepada puteranya, Bendahara Sultan Makhdum Alaiddin Malik Syarif Sayid Mansur Syah Johan Berdaulat (Sri Nila Pahlawan/Sang Sapurba/Malim Demang/Maharaja Surendra) [1042M-1078M/433H-470H] sebagai sultan Perlak yang ke-10. sedang baginda mendirikan keMaharajaan Samudera di atas tapak Perlak Pesisir di pesisir pantai timur Utara Sumatera [kini: Lhokseumawe].

Baginda Maharaja Mahmud Syah [Maharaja Suran/Malim Dewa/Maharaja Bukit Si Guntang Mahameru/Meurah Khair) memimpin Samudera dan wilayah kekuasaannya yang mencakupi seluruh Tanah Melayu Semenanjung (Batu Bersurat Singha Pura dikaitkan dengan baginda). manakala putera baginda pula [
Bendahara Sultan Makhdum Alaiddin Malik Syarif Sayid Mansur Syah Johan Berdaulat] (Sri Nila Pahlawan Sang Sapurba/Malim Demang/Maharaja Surendra) memimpin keSultanan Perlak meliputi seluruh Tanah Jawa dan Tanah Melayu Sumatera.  Ketika ini lah nama Sri Vijaya Islam Perlak mulai pudar dalam sejarah kerana tenggelam oleh kemasyhuran Perlak-Samudera.

DINASTI AL-KAMIL [keSultanan Perlak]: Bahagian 3


Senarai pemerintah SRI VIJAYA ISLAM PERLAK DINASTI AL-KAMIL:

5. Bendahara Sultan Makhdum Alaiddin Malik Syarif Sayid Abdul Qadir Syah Johan Berdaulat
    
[928M-932M/316H-320H].

6. Bendahara
Sultan Makhdum Alaiddin Malik Syarif Sayid Muhammad Amin Syah Johan Berdaulat I
   
[932M-956M/320H-345H].

7. Bendahara
Sultan Makhdum Alaiddin Abdul Malik Syarif Sayid Syah Johan Berdaulat
   
[956M-983M/345H-373H].
Pemerintahan baginda sultan tergendala pada tahun 983M/373H apabila berlaku perang saudara selama empat tahun [983M-987M/373H-377H]. perang ini dicetuskan oleh DINASTI SULTAN SYARIF SAYID MAULANA SYAH terhadap DINASTI BENDAHARA SULTAN MAKHDUM SYAH JOHAN BERDAULAT untuk menuntut kembali pemerintahan.
Perang antara mereka begitu sengit dan tidak terkalahkan antara satu sama lain. Bendahara Sultan Makhdum Alaiddin Abdul Malik Syarif Sayid Syah Johan Berdaulat terbunuh pada tahun 985M/375H dan digantikan oleh puteranya Bendahara Sultan Makhdum Alaiddin Malik Syarif Sayid Ibrahim Syah Johan Berdaulat [Maharaja Sulan]. Tiga tahun kemudian, perjanjian damai telah ditandatanggani. SRI VIJAYA ISLAM PERLAK buat pertama kali dibahagikan kepada dua wilayah.

8. Perlak Pedalaman @ Sri Vijaya Kepulauan:
Wilayah kekuasaan: Tanah Jawa hingga ke pesisir pantai barat Utara Sumatera.
DINASTI BENDAHARA SULTAN MAKHDUM SYAH JOHAN BERDAULAT

Bendahara Sultan Makhdum Alaiddin Malik Syarif Sayid Ibrahim Syah Johan Berdaulat [Maharaja Suran/Maharaja Trailokyaraja/Maharaja Imbang Jaya/Maharaja Sambugita]
[985M-1025M/375H-416H]

8. Perlak Pesisir @ Sri Vijaya Daratan:
Wilayah kekuasaan: pesisir pantai timur Utara Sumatera.
DINASTI SULTAN SYARIF SAYID MAULANA SYAH
Sultan Alaiddin Syarif Sayid Maulana Syah
[985M-1025M/375H-416H]

Perjanjian damai lebur akibat daripada pengkhianatan yang dilakukan oleh Sultan Alaiddin Syarif Sayid Maulana Syah PERLAK PESISIR [DINASTI SULTAN SYARIF SAYID MAULANA SYAH] pada tahun 1025M/416H apabila mengundang campur-tangan Sri Vijaya Buddha Kadaram dengan harapan dapat menawan Perlak Pedalaman @ Sri Vijaya Kepulauan, seterusnya menguasai tampuk SRI VIJAYA ISLAM PERLAK,Nun jauh di Selatan India, berikutan kemangkatan maharaja Dinasti Chola iaitu Rajaraja Chola I, putera sulungnya Rajendra Chola I [1014M-1044M/404H-435H] telah menaiki takhta kerajaan mengantikan ayahandanya. hubungan kekeluargaan antara DINASTI BENDAHARA SULTAN MAKHDUM SYAH JOHAN BERDAULAT dengan Dinasti Chola ini telah berlangsung sejak era Sri Vijaya Suvarnadvipa Palembang [Selatan Sumatera] berasimilasi di dalam keSultanan Perlak pada tahun 928M/316H.

Pakatan antara Bendahara Sultan Makhdum Alaiddin Malik Syarif Sayid Ibrahim Syah Johan Berdaulat
[Maharaja Sulan/Maharaja Trailokyaraja/Maharaja Imbang Jaya/Maharaja Sambugita] dengan Rajendra Chola I akhirnya telah berjaya membinasakan Sri Vijaya Buddha Kadaram yang mendukung Perlak Pesisir [Sri Vijaya Daratan].

Bendahara Sultan Makhdum Alaiddin Malik Syarif Sayid Ibrahim Syah Johan Berdaulat
[Maharaja Sulan/Maharaja Trailokyaraja/Maharaja Imbang Jaya/Maharaja Sambugita; 985M-1025M/375H-416H], adalah maharaja SRI VIJAYA ISLAM PERLAK yang menyatukan kembali SRIVIJAYA setelah dilanda perpecahan selama empat puluh dua tahun [983M-1025M/373H-416H]. baginda lah datuk kepada
Maharaja Suran/Malim Dewa/Maharaja Bukit Si Guntang Mahameru, sultan ke-9 bagi keSultanan Perlak yang akan mendirikan keMaharajaan Samudera di atas tapak Perlak Pesisir [pesisir pantai timur Utara Sumatera iaitu di Lhokseumawe] pada kemudian waktunya.









DINASTI AL-KAMIL [keSultanan Perlak]: Bahagian 2


Senarai pemerintah DINASTI AL-KAMIL [keSultanan Perlak]:

1) Sultan Alaiddin Syarif Sayid Maulana Abdul Aziz Syah
     [840M-864M/225H-250H].

Nun jauh di Tanah Jawa, Maharaja Sri Udayadityavarman [833M-840M/218H-225H], di Jawa Tengah [Mataram Kuno], ketika itu sedang berhempas-pulas menghadapi tentangan daripada adik iparnya sendiri iaitu Balaputera Dewa, pewaris takhta Sri Vijaya Buddha yang sah, setelah kemangkatan Maharaja Samaratungga, ayahanda mertuanya. perebutan kuasa ini menyebabkan keMaharajaan Sri Vijaya Buddha di Tanah Jawa lebur dan berpecah kepada dua tidak berapa lama kemudian. sorotan sejarah menutur, keMaharajaan Sri Vijaya Buddha pernah mengalami beberapa kali, zaman perpecahan dan era penyatuan sebelum itu lagi.

keMaharajaan Sri Vijaya Buddha Jawa Tengah yang meliputi kekuasaan di Tanah Jawa dan Tanah Melayu Semenanjung [termasuk Gangga Negara & Kota Gelanggi-Kota Ganggayu], akhirnya berpecah kepada Sri Vijaya Buddha Suvarnadvipa Palembang di Selatan Sumatera, pimpinan
Maharaja Sri Udayadityavarman [840M-983M/225H-372H]. manakala Sri Vijaya Buddha Kadaram di Utara Tanah Melayu Semenanjung berada di bawah kepimpinan Maharaja Balaputera Dewa [840M-918M/225H-305H].

2) Sultan Alaiddin Syarif Sayid Maulana Abdul Rahim Syah
     [864M-888M/250H-275H].


3) Sultan Alaiddin Syarif Sayid Maulana Abbas Syah
    
[888M-913M/275H-300H].

Selepas kemangkatan baginda sultan, keSultanan Perlak telah diheret ke dalam kancah perang selama dua tahun [913M-915M/300H-302H]. perang ini dicetuskan oleh Sri Vijaya Buddha Suvarnadvipa Palembang [Selatan Sumatera] di bawah kepimpinan Maharaja Sri Udayadityavarman [840M-983M/225H-372H], atas dorongan ingin meluaskan pengaruh ke dalam institusi keSultanan Perlak bagi mengimbangi kekuasaan Sri Vijaya Buddha Kadaram yang meliputi hampir seluruh daratan Tanah Melayu Semenanjung hingga ke Indo-China. sedang mereka hanya menguasai Tanah Jawa hingga ke Selatan Sumatera sahaja. namun, ekspidisi mereka gagal dan keSultanan Perlak terus kekal bertahan di bawah teraju sultan yang ke-4.

4)
Sultan Alaiddin Syarif Sayid Maulana Ali Mughat Syah
     [915M-918
M/302H-306H].
pada akhir
pemerintahan baginda sultan, sekali lagi Sri Vijaya Buddha Suvarnadvipa Palembang [Selatan Sumatera] melancarkan kempen menyerang keSultanan Perlak, tetapi melalui proksi keluarga BENDAHARA SULTAN MAKHDUM SYAH JOHAN BERDAULAT dalam DINASTI AL-KAMIL. kempen mereka ternyata berjaya dan diizinkan oleh ALLAH SWT. sebetulnya, perang ini berlanjutan selama sepuluh tahun, dan ia telah membibitkan bunga-bunga cinta Maharaja Sri Udayadityavarman terhadap agama Islam. di sini lah bermulanya era Sri Vijaya Islam Perlak DINASTI AL-KAMIL cabang BENDAHARA SULTAN MAKHDUM SYAH JOHAN BERDAULAT.











DINASTI AL-KAMIL [Kesultanan Perlak]: Bahagian 1


Sekitar pertengahan abad ke-8, iaitu pada tahun 753M/135H, pelayaran Abdullah al-Bahir al-Farisi [ibni Ali Zainal Abidin ibni Sayidina Hussein Syuhada Karbala + Puteri Syahri Banu@Syah Zanan] berlabuh di pinggir pantai Utara Sumatera [kini: Bandar Aceh]. ketibaan Abdullah al-Bahir al-Farisi memimpin cabang keluarga besar al-Husseini ke wilayah tersebut adalah untuk melepaskan diri daripada keKhalifahan Abu Abbas as-Saffah, pendiri Dinasti Abbasiyah [750M-754M/132H-136H] di Kota Baghdad Iraq.

Menurut sumber sejarah tempatan di Utara Sumatera, sudah pun wujud beberapa buah perkampungan Islam di dalam wilayah tersebut pada ketika itu, seperti Perkampungan Arab-Islam Ta Syih yang telah ada sejak pertengahan abad ke-7 [650M/29H] lagi. Abdullah al-Bahir al-Farisi dikatakan telah memilih salah satu kawasan yang agak terpencil di situ lalu membina kerajaan kecil di lokaliti terbabit. hal ini sudah tentu dituruti oleh kalangan ahli bait yang lain. Hikayat Raja-raja Jeumpa ada menyebut bahawa Abdullah al-Bahir al-Farisi kemudiannya menikahi Dewi Ratna Keumala@Puteri Mayang Seuludung, dara pinggitan kepada seorang penguasa yang bergelar meurah di kawasan berhampiran. pernikahan mereka berdua, melahirkan empat putera iaitu Syahri Poli, Syahri Tanti, Syahri Dito dan Meurah Syahri Nuwi. mereka berempat lah yang menyambung legasi kedua-dua ibubapa mereka dalam membangunkan keSultanan Jeumpa dalam kawasan yang agak terpencil itu pada kemudian waktu.

Pada tahun 813M/197H awal abad ke-9, empat bersaudara ini dikunjungi oleh ayahanda saudara mereka iaitu Muhammad Al-Baqir [ibni Ali Zainal Abidin ibni Sayidina Hussein Syuhada Karbala]. beliau adalah bapa kepada Imam Ja’afar as-Syadiq, sepupu kepada empat bersaudara itu, yang telah dibunuh-racun oleh Khalifah Abu Ja'afar al-Mansur [754M-775M/136H-158H], pemerintah kedua Dinasti Abbasiyah. angkatan dakwah 100 anggota ini dipimpin oleh Khalifah Nakhoda Abdullah as-Sani al-Kamil [ibni Musa al-Jaun ibni Abdullah al-Kamil ibni Hassan al-Muthanna as-Sibthi ibni Sayidina Hassan Khalifah Ummat] bersama putera Imam Ja’afar as-Syadiq iaitu Muhammad ad-Dhibaja al-Akhbar.

Beberapa tahun sesudah itu, Meurah Syahri Nuwi telah menikahkan dara pinggitannya, Puteri Makhdum Tansyuri@Puteri Meurah Makhdum Khudawil dengan Khalifah Nakhoda Abdullah as-Sani Al-Kamil pada tahun 820M/205H lalu melahirkan Sultan Alaiddin Syarif Sayid Maulana Abdul Aziz Syah yang kemudiannya, telah mendirikan keSultanan Perlak di atas tapak keSultanan Jeumpa pada tahun 840M-864M/225H-250H. baginda sultan juga, telah menamakan ibukota keSultanan Perlak sebagai Bandar Khalifah [kini: Lhokseumawe], sempena gelarnama ayahandanya yang dikasihi, Khalifah Nakhoda Abdullah as-Sani al-Kamil. disini lah bermulanya DINASTI AL-KAMIL di dalam Rantau Alam Melayu Nusantara.





MUQADDIMAH

Assalamu'alaikum,
Firstly, aku nak bagi peringatan untuk diriku dan para pengunjung budiman, bahawasanya, segala apa jua perkara yang tercatat di dalam blog ini, adalah pandangan peribadiku semata-mata berdasarkan penelitian selama hampir 20 tahun. sudah tentu ia tidak bernada mutlak dan ada kelemahan di sana sini. maka, sekiranya ada perbedaan dan salahfaham, aku harap kita kembali semula pada sifat fitrah, sebagai hamba ALLAH, iaitu merendahkan sayap dan ikhlaskan hatifikir. kesudahannya, aku serahkan segala yang tersurat, kepada ALLAH, tuan punya pembendaharaan seluruh ilmu.
 
Akhir qalam, mutiara kata untuk diriku yang serba lupa lagi jahil, dan buatmu ikhwan dan akhwat, "setiap kali aku menggali jauh ke dalam, aku semakin sedar bahawasanya, diriku hakikatnya, masih tidak tahu banyak perkara tentang rahsia ilmu kehidupan..."

Aku doakan segala yang ternukil, dapat memberi manafa'at kepada penyatuan seluruh ummat.

SubhanallahiwalhamduliLlah,
BarakaLlahufikum, aamiin.

Raudhatul Ikhwan;
Mohd Ariffuddin Syamsuddin
Batu Burok, Kuala Terengganu.